Friday 25 November 2011

JUAL BELI ATAS TALIAN (ONLINE SHOPPING) DALAM KALANGAN PELAJAR : KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA?







Dalam era globalisasi ini, pengaplikasian internet menjadi salah satu sumber utama dalam kehidupan manusia termasuklah pelajar, guru dan pensyarah. Istilah "dunia di hujung jari" sering digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut. Menerusi pengunaan internet, segala urusan harian boleh dilakukan secara atas talian (online). Antaranya urusan pembayaran bil dan cukai, menghubungkan seorang individu dengan dunia luar dan menjalankan urusan jual-beli.

Jual beli secara atas talian merupakan konsep yang kian mendapat tempat dalam kalangan para peniaga dan pembeli dinegara ini. Antara produk-produk yang ditawarkan dalam perniagaan internet ini termasuklah produk kesihatan, kecantikan, pakaian, sukan, aksesori dan lain-lain lagi. Pelbagai laman sesawang (web site) telah diwujudkan untuk memudahkan proses jual beli secara atas talian berlaku antara peniaga dan pembeli. Walaupun mempunyai kebaikan iaitu menjimatkan masa dan kos, namun pembelian secara atas talian juga mempunyai banyak keburukan mungkin dan segi kualiti dan lain-lain. Apakah antara kebaikan dan keburukan lain online shopping ini?

Disediakan oleh:
Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
A128504
Antropologi & Sosiologi