Friday 25 November 2011

JUAL BELI ATAS TALIAN (ONLINE SHOPPING) DALAM KALANGAN PELAJAR : KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA?







Dalam era globalisasi ini, pengaplikasian internet menjadi salah satu sumber utama dalam kehidupan manusia termasuklah pelajar, guru dan pensyarah. Istilah "dunia di hujung jari" sering digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut. Menerusi pengunaan internet, segala urusan harian boleh dilakukan secara atas talian (online). Antaranya urusan pembayaran bil dan cukai, menghubungkan seorang individu dengan dunia luar dan menjalankan urusan jual-beli.

Jual beli secara atas talian merupakan konsep yang kian mendapat tempat dalam kalangan para peniaga dan pembeli dinegara ini. Antara produk-produk yang ditawarkan dalam perniagaan internet ini termasuklah produk kesihatan, kecantikan, pakaian, sukan, aksesori dan lain-lain lagi. Pelbagai laman sesawang (web site) telah diwujudkan untuk memudahkan proses jual beli secara atas talian berlaku antara peniaga dan pembeli. Walaupun mempunyai kebaikan iaitu menjimatkan masa dan kos, namun pembelian secara atas talian juga mempunyai banyak keburukan mungkin dan segi kualiti dan lain-lain. Apakah antara kebaikan dan keburukan lain online shopping ini?

Disediakan oleh:
Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
A128504
Antropologi & Sosiologi

7 comments:

  1. sememangnya tidak dinafikan lagi perubahan teknologi kini baanyak membantu kita dari segi menjimatkan masa dan memudahkan kerja. Tetapi saya tidak bersetuju dengan jualan secara atas talian. Hal ini adalah kerana melalui penjualan sebegini penipuan mungkin berlaku di mana selepas kita membuat pembayaran, kemungkinan besar kita tidak akan mendapat barang yang dipesan sangat tinggi. Selain dari itu, berjual beli secara atas talian akan mewujudkan satu perasaan yang tidak puas kerana kita hanya melihat pada gambar semata-mata. Kita tidak tahu barang itu elok atau tidak dan tidak boleh untuk tawar menawar. Tambahan pula selalunya harga barang di atas talian adalah lebih mahal dari harga biasa.

    Emylia binti Jamalludin
    A130898

    ReplyDelete
  2. Pembelian barang secara atas talian atau online pada saya mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Dari segi keburukan ialah,kemungkinan ditipu kerana barang yang dipesan tidak akan sampai kepada kita atau kualiti sesuatu barang yang dilihat tidak sama dengan apa yang kita inginkan. Hal ini kerana, kita sekadar melihat gambar tetapi tidak dapat memegangnya atau mencuba sebagai contoh pakaian.Walau bagaimanapun, kebaikannya ialah kita dapat membeli barang dengan harga yang murah. sebagai contoh, barangan berjenama seperti baju yang dibeli terus daripada luar negara kebiasaannya lebih murah berbanding jika dibeli di butik di negara kita.Oleh itu, kita perlulah berhati-hati untuk membeli barang secara online dan sebaiknya perlu ketahui website yang boleh dipercayai dan dapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai pembelian secara online.

    Nor Ruhil Abdul Rasid
    A128123
    Ansos

    ReplyDelete
  3. memang benar pembelian barang secara online ada kebaikan dan keburukannya.bagi saya, saya lebih gemar membeli barang secara online kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga.sehingga kini saya belum pernah ditipu. walau bagaimanapun, saya harus berhati-hati sebelum membuat pembayaran. tambahan pula, tidak semua barang yang dijual secara online adalah mahal. kita mesti pandai membuat pilihan dan boleh tawar menawar. jika kita bijak membuat pilihan kita akan dapat perolehi barang yang lebih murah berbanding barang yang dijual dikedai.

    ReplyDelete
  4. Pembelian barangan secara online ini tidak dinafikan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Namun begitu, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pembeli haruslah lebih berhati-hati ketika membeli barangan atas talian. Banyak kes yang menunjukkan berlakunya penipuan terhadap pembeli yang membeli barangan di internet. Walaupun begitu, pembelian barangan secara internet tetap mempunyai kebaikan yang tersendiri. Sebagai contohnya, banyak barangan yang kita ingin beli, tetapi tidak terdapat dinegara kita. Dengan itu, barangan tersebut boleh kita perolehi dengan membeli secara talian. Namun, para pengguna perlulah lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.

    SITI NOR AINU BT LASI
    A128529
    ANSOS

    ReplyDelete
  5. memang menjadi trend masyarakat sekarang menggunakan kemudahan itnet untuk segala urusan termasuklah jual beli.pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh dari aktiviti ini tetapi ada juga keburukan dari aktiviti ini.antara kebaikannya ialah cepat,mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.keburukannya pula adalah seperti berlakunya penipuan,ada unsur-unsur jenayah dan tiada rujukan yang bertulis dari pihak penjual(online shoping di FB).

    yusrizal yusof
    a133226

    ReplyDelete
  6. Hey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you. 성인용품창업

    ReplyDelete
  7. I just additional this particular nourish in order to my own book marks. I have to state, My partner and i very much appreciate reading through your weblogs. Continue the good work! electronic accessories

    ReplyDelete